Faktor Penyebab Terjadinya Masalah Siswa Pada Masa Sekarang Ini
Bimbingan dan Konseling
Friday, 14 March 2014

Faktor Penyebab Terjadinya Masalah Siswa Pada Masa Sekarang Ini

Pelajara Merosot

Mereka tidak megamil pedidika dega serius padahal dega pedidika yag tiggi, mereka aka erjaya pada masa hadapa. Mereka erfikir pedidika ii tidak petig da di keayaka sekolah, tidak ramai pelajar Melayu yag lulus dega aik. Ya, memag ada yag lulus tetapi tidak erapa aik. Di sii juga diteragka ahawa pelajara mereka mula merosot keraa masalah-masalah yag dihadapi mereka megaggu kosetrasi mereka. Cotohya,Walaupun ini merupakan satu video tentang masalah remaja di malaysia, ada beberapa masalah yang dipaparkan juga berlaku di Singapura. Contohnya, masalah rokok di kalangan pelajar perempuan, percintaan antara remaja, aksi terlanjur sepasang kekasih dan penyebaran aksi lucah. Video ini juga memaparkan akibat-akibat masalah ini yang amat buruk sekali. Video ini amat menyedarkan saya tentang keburukan melakukan sebarang kegiatan yang dipaparkan dalam video ini. Saya harap remaja lain akan turut sedar dan berhenti melakukan sebarang kegiatan sebegini sekiranya mereka telah mula melakukannya.

Pengaruh Rakan-Rakan

Kedua, ia merupakan pengaruh rakan-rakan. Remaja-remaja masa kini lebih rapat dengan rakan-rakan mereka berbanding dengan keluarga. Walaubagaimanapun, pelbagai masalah akan timbul sekiranya rakan-rakan mereka ini mempunyai perangai buruk seperti merokok, mengambil dadah dan memonteng sekolah. Mereka akan dikenalkan dengan pengaruh-pengaruh buruk ini dan lama-kelamaan, mereka akan terikut-ikut perangai rakan-rakan mereka yang buruk ini. Ini akan menyebabkan para remaja berperangai buruk dan akan menghancurkan masa hadapan mereka.
Di sini pula, saya akan mengetengahkan masalah ini. Saya rasa ibubapa harus lebih memantau tingkahlaku anak-anak mereka yang sedang meningkat remaja. Ia kerana remaja-remaja sekarang lebih “daring” untuk mencuba sesuatu yang baru untuk mereka. Dengan itu, ibubapa harus lebih prihatin dengan kelakuan anak-anak mereka bersama rakan-rakan mereka. Ibubapa juga harus mengambil tahu latar belakang rakan-rakan anak-anak mereka supaya anak mereka tidak terjebak dalam perkara yang tidak senonoh. Di sini juga saya berharap supaya masalah ini segera diselesaikan dan supaya tidak ada kes-kes yag melibatkan remaja-remaja yang baru hendak menjadi matang dan supaya tidak memburukkan nama masyarakat Melayu/Islam.
 

Keruntuhan Institusi Keluarga

Keruntuhan institusi keluarga merupakan punca masalah kanakalan remaja berlaku. Ia juga bermaksud keluarga yang porak peranda. Apabila sepasang suami isteri berpisah, anak-anak mereka akan merana. Mereka akan menjadi terabai dan tidak diberikan kasih sayang yang sepenuhnya. Akibatnya, mereka akan mula menjadi liar dan mempunyai tanggapan bahawa tiada orang yang menyayanginya lagi. Disebabkan ini, mereka mugkin akan terjebak dengan pengaruh luar yang buruk seperti gangsterisme.
Dari sini, saya akan bincangkan cara untuk menghindari masalah ini. Ibubapa bolehlah membincangkan masalah-masalah mereka tanpan membabitkan anak-anak mereka. Ia kerana jika mereka ada masalah hubungan suami isteri, mereka harus menyelesaikan dengan secara baik kerana akan menjejas anak-anak mereka, apalagi yang sudah meningkat remaja kerana mereka tahu apa yang sedang berlaku. Dari situ juga, remaja-remaja akan terasa terabai kerana tidak medapat kasih sayang dari kedua ibubapanya. Mereka hanya mengharapkan keluarga yang bahagia sahaja, tanpa orang yang ketiga atau sebagaiya menganggu.
Jika ibubapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka, mereka tetap harus meluangkan masa untuk keluarga dan anak-anak mereka supaya tidak rasa terabai. Apabila mereka rasa terabai, mereka akan ke rakan-rakan mereka dan mengonsinya. Mereka tidak boleh mengharapkan rakan-rakan sahaja, mereka harus utamakan keluarga daripada rakan-rakan. Saya berharap bahawa masalah ini akan terus diselesaikan dengan cepat supaya masyarakat Melayu/Islam akan lebih maju.
 
Jika berkenan, mohon bantuannya untuk memberi vote Google + untuk halaman ini dengan cara mengklik tombol G+ di samping. Jika akun Google anda sedang login, hanya dengan sekali klik voting sudah selesai. Terima kasih atas bantuannya.
Judul: Faktor Penyebab Terjadinya Masalah Siswa Pada Masa Sekarang Ini; Ditulis oleh http://curhatnyapararemaja.blogspot.com/; Rating Blog: 5 dari 5
Template oleh Edi Murdani, S.Pd